Tuesday, November 30, 2010

BERDOA LAH, ALLAH PASTI AKAN MAKBULKAN





Assalamualaikum pada semua muslimin dan muslimat.. Tahun 2008 aku mula berdoa agar aku dapat jejak kaki ke Tanah Suci Mekah... Saban malam aku bangun dari tidur dan berdoa agar hajat aku dimakbulkan. Alhamdulillah 17 Julai 2010, Allah makbulkan doa aku. Aku terpilih untuk mengiringi para pemenang anugerah Kerajaan Negeri Selangor menunaikan umrah.

Inilah anugerah paling tinggi pernah aku dapat sejak aku ditawarkan bekerja oleh Kerajaan Negeri Selangor pada 1 Oktober, 1987. Aku pernah dapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada tahun 1998, tetapi anugerah ini amat bermakna bagi diriku, kerana inilah saat yang aku idam-idamkan, tambahan pula inilah kali pertama dalam sejarah hidup aku yang dah melebihi 40 tahun, naik kapal terbang (kesiannye).

Al-hamdulillah, terima kasih pada semua, Pengarah JAIS, Penolong Pengarah, UMK dan semuanya.

Oleh itu, berdoalah, Allah pasti akan memakbulkan doa kita, percaya lah. jangan jemu-jemu minta pada Allah, hanya Allah saja lah tempat kita berharap. Sekian. terima kasih semua.

Sunday, November 28, 2010

PENGALAMAN YG TAK DAPAT DILUPAKAN



Seumur hidup aku dah lebih 40 tahun ni tak pernah naik kapal terbang (kesian). Sejarah tercipta apabila aku diberi peluang oleh majikan aku menunaikan umrah pada 17 Julai, 2010 yang lalu. Tak tahu nak gambarkan perasaan aku masa tu..... first time nak naik kapal terbang..... umrah aku x fikir sgt masa tu.... yang aku fikir naik kapal terbang.... macam2 perasaan ada... gembira, suka, risau... takut jangan cakap la. Aku ni gayat kat tempat tinggi. Masa jejak kat kapal terbang, kurang sikit perasaan. masa kapal nak terbang, kecut semuanya... tapi dah sampi atas.... mulanya gayat juga tengok bawah... lama2 hilang perasaan tu.... maklumlah lebih 5 jam kat atas udara.... awan aku nampak 3 lapis.... kapal laut macam kotak mancis jer. Itu la pengalaman yang x dapat aku lupakan..... Terima Kasih kepada

Saturday, November 27, 2010

TERIMA KASIH YB DR RANI



terima kasih YB Dr. Rani kerana mentahalulkan saya semasa kami sama-sama mengerjakan umrah pada 17 hingga 29 Julai 2010 yang lalu.

Wednesday, November 24, 2010

ANAK-ANAK KU












my kids ..... Lelaki tunggal namenye ... Nur Izzuddin Syamim, Anak Pompuan CerMin mata tu..... Nur Adiba Atika.....(macam bapaknye je) Yang baju merah tu.... anak keempat; Nur Izra Insyirah dan baju hijau... anak bongsu (agaknye la); Nur Yusrahayyin Ezwina.
Sebenarnya anak aku lima; yang sulong meninggal dunia.... kakak diaorang la... umurnye masa tu 4 tahun, sakit barah.... lahir pada 8 Januari, 1994 dan meninggal pada 1Mei, 1998. Sedekahkan la Al-Fatihah

Tuesday, May 18, 2010

Ada lagi crite operasi

Operasi hari tu turut disertai AADK dan SPRM. 7 orang Melayu Islam di tahan AADK sebab urine test positif. Ada lak tu yang WANITA Melayu Islam. Apalah nk jadi dengan masyarakat kita. seorang ditahan oleh SPRM kerana cuba sogok anggota operasi.....