Tuesday, November 30, 2010

BERDOA LAH, ALLAH PASTI AKAN MAKBULKAN





Assalamualaikum pada semua muslimin dan muslimat.. Tahun 2008 aku mula berdoa agar aku dapat jejak kaki ke Tanah Suci Mekah... Saban malam aku bangun dari tidur dan berdoa agar hajat aku dimakbulkan. Alhamdulillah 17 Julai 2010, Allah makbulkan doa aku. Aku terpilih untuk mengiringi para pemenang anugerah Kerajaan Negeri Selangor menunaikan umrah.

Inilah anugerah paling tinggi pernah aku dapat sejak aku ditawarkan bekerja oleh Kerajaan Negeri Selangor pada 1 Oktober, 1987. Aku pernah dapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada tahun 1998, tetapi anugerah ini amat bermakna bagi diriku, kerana inilah saat yang aku idam-idamkan, tambahan pula inilah kali pertama dalam sejarah hidup aku yang dah melebihi 40 tahun, naik kapal terbang (kesiannye).

Al-hamdulillah, terima kasih pada semua, Pengarah JAIS, Penolong Pengarah, UMK dan semuanya.

Oleh itu, berdoalah, Allah pasti akan memakbulkan doa kita, percaya lah. jangan jemu-jemu minta pada Allah, hanya Allah saja lah tempat kita berharap. Sekian. terima kasih semua.

No comments:

Post a Comment