Friday, April 4, 2014

majlis tilawah al-quran peringkat negeri selangor

Al-hamdulillah, hari ini saya diberi kesempatan melaksanakan tugas saya sebagai urusetis fotografi di majlis tilawah sl-quran peringkat negeri selangor yg telah diadakan mulai 1 april dan dijadualkan berakhir pada 4 april (esok), bertempat di masjid kg raja uda, pelabuhan klang.

pada pembukaan, YAB Dato Menteri Besar Selangor telah sudi merasmikannya, dan malam ni 4.4.2014 jam 9 mlm, Tuanku Sultan telah berkenan berangkat hadir untuk acara penutupsn dan penyampaian hadiah kepada pemenang.

Johan qari dan qariah kelak akan menjadi wakil negeri selangor ke peringkat kebangsaan. Di doakan agar wakil negeri selangor aksn menjafi johan di peringkat kebangsaan setelah sekian lama tiada wakil selangor yang berjaya di peringkat kebangsaan.

bercakap berkaitan tilawah, tahun ini negeri selangor berjass mengesan seorang peserta yang cuba untuk mewakili 2 negeri pada tahun yang sama. Saya x tahu apa sebab musabab yang menyebabkan individu ini mahu menyertai 2 negeri sekaligus. Banyak andaian bole kita buat, tetapi pendapat peribadi saya, kita menyertai tilawah ALQURAN memerlukan hati yang bersih, mahu memartabatkan alquran yang kita tahu mukjizat paling agung yang diwariskan pada kita. Keikhlasan, jiwa yang suci perlu ada.


Sesungguhnya sesuatu pekerjaan itu bermula dengan niat, apa yang kita niatkan itu lah yang Allah beri pada kita. Dalam konteks yang kita katakan ini, jika peserta tersebut menyertai kerana kemenangan, maka beliau akan mendapat kemenangan, tetapi perlu diingat, apakah kemenangan itu dengan redha, msna lebih penting... kemenangan dengan redha Allah atau kemenangan tanpa redha Allah.

Diharap ianya akan menjadi pengajaran berguna di masa-masa akan datang.

No comments:

Post a Comment